nasi goreng cili api memang satu menu yang agak menarik
dan boleh tahan murahnya.
tapi bagi aku besar ertinya kerana dari situlah aku tahu
selain manis dan pahit bercinta,pedasnya juga ada.
terkenangkan setiap kunyahan
beratus-ratus butir nasi goreng cili api yang aku telan
aku terasa.indahnya jika diselitkan satu babak yang pedas dalam bercinta.
disekeliling kehidupan ini memang terlalu penuh dengan kaitan tentang kehidupan.
seperti itulah kita kaitkan rasa dengan keadaan bercinta.
ada manis,ada pahit.
ketika aku disuapkan dengan sesudu nasi goreng cili api
siapa yang suapkan? tentulah dia.
yang sampai sekarang ini aku masih menikmati detik-detik indah ketika bersuapan
diiringi dengan senyuman sebagai lauk yang menambahkan perisa dalam nasi yang disuap itu
oh,manisnya,pedasnya.
manis pada kenangan. pedas pada kunyahan.
walaupun berpeluh-peluh menahan kepedasan
tapi aku tahu,dari situlah aku dapat rasakan pahit,manis, dan pedas dalam hubungan.
setuju?
No comments:
Post a Comment