Friday, March 8, 2013

induksi?

aku pendatang baru dalam Jabatan Imigresen Malaysia.
aku terjebak kerja kerajaan ni pun atas permintaan parent.
awalnya aku anggap mindset parent aku ni,just nak jadikan kerja kerajaan ni sebagai satu legasi dalam family.
yelah. bos polis. abang aku technician sekolah. aku pula imigresen.
jiwa lain. lulusan aku pun lain.
tapi bila pilihan parent ni,ramai yang nasihatkan ada keberkatan kalau kita dengar cakap diorang.

sekarang pun dah masuk 3 bulan aku kerja. tapi baru rambut nak panjang,dah kena potong balik tapak 2 sebab 15hb mac ni aku masuk induksi. 2bulan kat akademi kot.
memang aku dah imagine sangatlah bosannya kalau berkampung kat dalam tu.
tapi apa nak buat? survive la dengan hati yang pasrah. kahkahkah.

mengenangkan aku ada masalah emosi,kat sana ada treatment otak kot.
masalah emosi dalam kata lain masalah cinta k. jangan fikir aku ni gila pulak.

tu je la nak cerita. oke bye.
:D

Monday, August 13, 2012

11 ogos 2012

11 ogos adalah tarikh kelahiran mama aku dan tahun ni mama aku dah berusia 52tahun.
sebenarnya mama tak pernah pun mengharapkan apa apa dari siapa siapa. aku tahu tentang tu.
macam mana pun,aku tahu mama tetap tunggu beberapa orang penting untuk text atau ucapkan pada mama "happy birthday mama".

tapi awal pagi tu lepas aku wish birthday mama, aku ada tanya "ma,dia ada wish tak?"
tenang mama jawab "semua orang dah wish...agaknya dia lupa tu...takpe..mama kan ada anak anak yang masih ingat kat mama,masih boleh bahagiakan mama..." dengar mama cakap camtu,aku dapat rasa macam mama tetap tunggu dia ucap kat mama samada dalam call or text.

tambah mama lagi "jumpa dia pun jarang jarang,tapi mama tetap anggap dia macam anak mama. yang pernah buat anak mama happy,dia pun pernah buat mama ayah happy jugak..."

ya,agaknya dia lupa...

Friday, July 27, 2012

kehilangan

ramadhan kali ni aku betul betul terasa diuji. tapi dalam setiap ujian itu ada kelebihan. sesuatu yang hadir,pasti akan pergi. dan setiap pertemuan juga ada perpisahan. tapi,cuma caranya yang berbeza. nak diceritakan tentang kehilangan,pagi ni aku kehilangan lagi seekor anak kucing yang family aku gelarkan dia 'gembeng'. perkataan tu asalnya dalam bahasa jawa. maksudnya lebih kurang 'kuat menangis'. nama ni lekat untuk kucing ni sebab masa dia lahir,mulut dia paling bising. *situasi ni macam baby baru lepas dilahirkan la.

balik dari kerja aku tengok gembeng lemah. tak macam hari hari sebelumnya. mulut dia hitam. mama kata mungkin dia keracunan. aku terus search dalam internet untuk solve benda ni. air kelapa sebagai penawar. dari maghrib tadi melayan gembeng,suapkan air kelapa untuk dia. mengharapkan hari esok dia kembali riuh. tapi awal pagi ni,gembeng dah hembuskan nafas terakhir atas pangkuan abang aku.

perasaan sedih memang ada. tapi bila aku bayangkan yang gembeng tengah berlari lari dalam syurga,biarkan saja dia pergi daripada hidup dalam dunia yang membahayakan ni.

"gembeng dah boleh jumpa 'uyin' dengan 'janggut' kat syurga sana.. dah sebulan lebih gembeng sunyi kan? kirim salam uyin dengan janggut ye.. doakan sejahtera untuk family ni jugak.."

lepas ni,dah tak ada lagi kucing yang teman mama siram pokok bunga,dah tak ada lagi kucing yang teman mama siang ikan. dah tak nampak lagi kucing yang berdiri depan pintu,dengan bekas makanan,memekik mekik kelaparan.

Wednesday, July 18, 2012

datang awal? geram?

dalam sejarah,hari ni aku datang kerja paling awal. site agent,lain lain supervisor, semua tidur nak lajak.
sebagai pekerja cemerlang,aku terus buat kerja macam hari hari yang lain. teruskan progress construction.
arrange general labour untuk house keeping, dan sebagainya lah.
setibanya projek manager yang dah 2 minggu bengang dengan aku sebab selalu datang lambat,hari ni dia pulak tak boleh terima hakikat yang aku datang awal.
ada pepatah 'telan mati mak,ludah mati bapak' (betul ke?)
aku buat yang baik salah,aku ikut kepala otak aku pun salah.
tak kan lah setiap kerja yang aku nak buat, "bos,hari ni i buat ini, itu, bla bla bla...."
tak payah nak menunjuk pun,aku bukan makan gaji buta.
lagipun kat site aku ni ada sorang tu memang berpenyakit. kerja dia hari hari nak racun bos aku. fitnah itu ini pasal aku.
"cara kau kasar la,orang tua bongok"
aku nak tengok,kalau bulan ramadhan ni kau buat jugak perangai mulut + hati busuk tu.
better makan je siang siang.
aku bahagia kerja macam ni sebab diorang tak kan kacau aku buat kerja.
buat apa nak jatuhkan kaum sendiri? kalau aku ni junior yang sengal. ajar aku sampai pandai.
baru la aku boleh klasifikasikan kau sebagai pemimpin.
ini tak,kau lepas tangan. assume aku macam expert.
besok,aku nak datang awal lagi. aku nak tengok tua bangka tu berbunyi lagi ke tidak.
hilang semangat aku nak kerja kalau benda macam ni jadi tiap tiap hari.

Tuesday, July 17, 2012

saya seorang yang malang

aku masuk cinema jam 2300. muka tak malu,tanya dengan budak yang jaga tiket masuk wayang tu (yang koyak koyak tiket tu) "der,tiket dah tak jual ea?"
ramai ramai gelakkan aku sebab act macam budak sengal. aku pun cakap lagi "der,kau ada option kan? casher tak dapat duit,tapi kau dapat duit. faham?"
dorang pun hangguk hangguk macam kena pukau. "ni rm20 beli jajan. aku nak tengok 3 movies malam ni,boleh?"
malam tu,aku tengok cerita 'vampire hunter', 'ice age', lagi satu cerita tak ingat tajuk apa.
happy dalam hall tu cuma macam plastik je. tak pernah pun aku tengok wayang sorang sorang.
tapi sengaja aku replace 2 ke 3jam tengok movie tu daripada aku terus fikir pasal someone.

-tammat-

Friday, July 13, 2012

tajuk? tiada idea

kalau curiga,aku dituduh cemburu buta.
sebenarnya bukan. aku cuma khuatir tentang keadaan kau yang tak menentu arah tujunya.
tak aman duduk di rumah,selalu keluar cuba cari hiburan di luar.
apa yang boleh hiburkan hati kau? setiap hari window shopping?
setiap hari perlu labur duit untuk kau gembira? itu bukan normal untuk orang macam kita.

aku tak pernah cuba untuk menuduh yang kau sering merayap. cuma sebelum ni,kau pernah buat begitu.
bukan tanggungjawab aku untuk risaukan kau atau jaga kau. kau pun masih ada orang tua yang ambil berat tentang kau. tapi kau dah mula dewasa. bebas untuk buat keputusan walaupun dihalang. itulah sebabnya kenapa risau dalam diri itu wujud.

memandangkan kau jarang berfikir panjang untuk buat sesuatu keputusan,aku perlu ada bersama supaya pilihan kau tidak sepenuhnya salah. aku faham,dulu aku pelengkap dalam diri kau.
sekarang aku dipecat. tapi tak bermaksud aku akan tinggalkan kau untuk sendiri. segalanya sendiri.
tidak,itu tidak mungkin terjadi.

kau pernah sampaikan sesuatu pada aku dalam bentuk tulisan. terlalu panjang ayatnya. tulisan yang cuma kau 'copy & paste'. tapi,ada isi yang aku cuba gunakan.
apa yang aku tahu,kau perempuan yang kuat. ada pendirian. yang paling penting,kau kenal agama kau dan tahu kewajipan. cuma,tuhan jadikan setiap manusia itu seiring dengan kelemahan yang berbeza.
apa yang aku nampak,kau tak dapat mengawal kemahuan kau.
9 nafsu tentang material,kau gunakan sehabis baik.
sayang,musuh manusia yang nyata adalah syaitan, selepas itu adalah nafsu.
lawanlah untuk kebaikan.

dalam ayat-ayat yang kau bagi,ada terselit "aku serahkan kepada Tuhan untuk melindungi kau"
setiap kali terbaca,hati aku aman. aku tahu,Dia bersama kau.
maafkan aku sebab sekali lagi masukkan kau dalam post aku.
tapi,kau lah perempuan yang dah berjaya sedarkan aku tentang banyak perkara.
walaupun kau jujur sayang untuk aku semakin kurang, tapi aku tak pernah takut dengan penyataan itu.
bagi aku,'sayang' itu masih ada. maafkan untuk kesilapan lampau dan kesilapan yang belum aku perbuat.

aku janji,andainya kau terima aku semula. kita akan cari keredhaan.
aku nak berubah. aku takkan ulang silap aku yang dulu.

Wednesday, July 11, 2012

kayu gatal?

awal pagi menghadap laptop sambil menaip seperti biasa. tapi,ada aktiviti tambahan iaitu menggaru garu tangan,kaki,leher.
benda ni pun aku tak sangka. tapi biasalah,kerja dalam construction,adakala perlu juga pegang sesuatu. macam kayu,besi,or material lain.
mula dari tengahari semalam, "kenape la jari aku ni gatal gatal? hari ni mane ade pegang fiber"
sambil berjalan menuju ke cabin (site office),aku gigit gigit jari yang gatal tu. 
aku tanya la kat supervisor lagi sorang tu. "kau tengok jari aku ni,apsal ha?"
balas dia "padan muke kau. ade kayu yang kau tak boleh pegang sebenarnye doh"
driver lori pun menyampuk "baek kau pegi mandi. kau bawak towel tak? baju bawak tak?"
agak agak la der. kau ingat site ni rumah kedua aku?

hampir lewat petang,aku rasa badan aku dah mula melengas. tapi bukan sebab peluh. aku dapat rasa dari luar baju,kulit belakang badan aku macam ada jerawat. tapi banyak. "adoi...ape bende la ni..."

tak fikir panjang,kemas barang dan terus pulang ke rumah.
capai towel,cuci badan ni sehabis baik dengan harapan 'selamat tinggal gatal gatal'

lepas maghrib,barulah aku rasa yang benda tu langsung tak susut. sampai la ke saat ni,aku masih fikir fikir lagi. "kayu ape yang aku pegang tadi ek?"
tambah sedih,mengadu dengan parent,diorang ingat aku main main. segala anti-biotic aku dah telan,tunggu esok siang,kalau ada lagi,aku terus pergi klinik. minta MC terus. haha