tapi nak diringkaskan,akulah sorang anak yang sangat nakal dalam keluarga Husaini
ayah sebagai hero dan mama sebagai heroin yang cuba bimbing aku walaupun umar dah menjangkau 20 tahun.
ayah selalu kata "teh,jangan lupa ayah mama..."
itulah kata-kata keramat yang selalu memberikan apa jua jenis kekuatan dalam hidup aku.
ya,aku punya teman wanita.
aku tak pernah sangkal yang cinta tu segalanya.
tapi cinta pada ayah mama tak pernah terlerai dari sudut logik dan teorinya.
debgan apa yang aku pelajari,dalam badan aku terdapat DNA ayah mama.
begitu kuat ikatan DNA,begitu juga teguhnya ikatan anak dan ibu bapa.
wahai sang kawan-kawan,dialah harta kita yang termahal yang tak mungkin berganti jika kau kehilangan.
tapi harus kau tau,jika tuhan mengambilnya kembali,kau perlu akur bahawa tuhan lebih sayangkan dia.
tiada siapa pun pernah merelakan diri untuk kehilangan harta kurniaan yang terhebat ini.
tapi mereka adalah pinjaman...
sekurang-kurangnya kau perlu sedar yang mereka pernah membahagiakan kau dengan keikhlasan menjaga amanah tuhan kepada mereka,iaitu kau,sebagai anak yang mempunyai peribadi tersendiri,mempunyai cara tersendiri yang akan membalas jasa mereka.
kawan,pesanan yang tiada kesudahan ini akan kau kenang hingga hembusan nafas kau yang terakhir dan tika itu,mungkin kau juga bergelar ibu atau bapa.
hargai mereka ya.walaupun ringkas,tapi kata-kata itu yang mendorong kau kearah kebahagiaan.
terlalu banyak yang tersirat,kau fikir,kau dengar,kau huraikan semua isi-isinya.
No comments:
Post a Comment