macam biasa,ahad adalah hari untuk aku berehat. tapi,di rumah pun dah terlalu dengan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.
mulakan aktiviti dengan mendengar suara si dia melalui panggilan telefon.
ya,kalau boleh dikatakan,itulah sarapan yang mungkin mengenyangkan.
tetapi hari ini tidak kerap kami bersama samada melalui text atau call.
maklumlah,dengan jarak yang jauh,tak mungkin kami boleh sentiasa bersua.
aku cuba penuhkan ruang hari ini dengan memancing, dalam keseronokan memancing,masih terselit lagi ingatan tentang dia dalam fikiran.
nampaknya aktiviti yang aku sengaja adakan ini gagal untuk aku berpaling sejenak untuk tidak fikirkan dia.
malam makin hampir,barulah dia tiba untuk temankan aku. tapi,itupun dalam jangka masa yang terlalu singkat.
dalam hati ni terlalu gemar untuk kata kata "awak sengaja buat saya rindu kan?"
hari ahad ini juga aku rasakan begitu singkat. biarlah ia singkat. jangan biarkan aku terus sunyi.
"esok pagi,saya harap awak ada dengan saya. sebelum mulakan kerja,saya mahu kita ber'sms' seperti biasa."
No comments:
Post a Comment