Sunday, March 20, 2011

wave 125 dan kenangan

penat bercerita pasal cinta & jiwang jiwang.
sekarang aku nak ceritakan kat you all yang aku ada SEBUAH AWEK yang diberi nama HONDA WAVE125.
haha,awek pulak.
kenapa nak cerita pasal motor?
haa...inilah hadiah dari superdad sempena tepat aku 18tahun(2008)
diperkenalkan dengan warna putih pearl dan kerana tangan aku yang gatal,sekarang sudah jadi warna hitam.
may be nak sama dengan tuan motor.

bukannya nak sebok cerita pasal warna or something else.
tapi motor ni banyak baktinya...
dialah yang bawak aku ke Politeknik PD..dialah yang bawak aku balik ke rumah (johor)
jauhkan? tak nak tanya berapa kali dia meragam? :D

selamat sampai ke destinasi tu sememangnya dari lindunganNya...tapi kemudahan dunia ni yang dipinjamkan untuk aku permudahkan urusan...contohnya, motor ni la.
memang ada hikmah ayah belikan motor ni untuk aku.
belajar civil engineering tapi hari hari bukak enjin. dah macam mekanikal lak.
sekurang kurangnya ilmu tu ada kan?

siapa ada hobi macam saya sila angkat tangan...!!
ahhahaha..awek aku kata aku dah macam india. kenapa?
mandi minyak katanya.
sebenarnya bukan mandi minyak...tapi tak sedar minyak tu ada kat muka.

dengan motor ni lah aku kenal erti berhati hati...
kenal erti perikemanusiaan...
pernah merasa susah senang dalam perjalanan jauh,perasaan kesian tu timbul bila nampak penunggang lain terkandas kat tepi jalan. "bang,saya tak dapat nak tolong,tapi saya teman abang sekejap la ye"
korang fahamkanlah dialog aku kat atas ni.

tapi,ada satu kenangan yang mungkin kekal dalam ingatan aku sampai aku tua nanti.
kenangan bersama WAVE125 dan kawan kawan.
perjalanan balik kampung untuk sambut aidilfitri.
perjalanan yang jauhnya lebih kurang 300km.
plaza tol kulai,johor,hujung perjalanan di mana kami akan berpecah haluan.
aku dan MOHD AMINTAZA berpelukan.
dia final semester,dia sahabat karib,di situ destinasi terakhir kami berkonvoi bersama.
walaupun menitiskan air mata,aku bersyukur kerana Dia berikan aku peluang untuk menunggang motor ini untuk meraih satu kenangan yang sangat manis.
tak akan terbayang oleh imaginasi akal.
betapa di situ aku rasa aku sangat sayangkan seorang kawan.
motor ini jadi saksi, terlalu banyak kenangan yang manis walaupun hujan panas tak pernah terlepas.

mungkin aku tengah melalut.
tapi saat ni,ketika jari jemari sebok menaip keyboard ni.
aku mengaku aku menangis.
wassalam.

No comments:

Post a Comment