kalau curiga,aku dituduh cemburu buta.
sebenarnya bukan. aku cuma khuatir tentang keadaan kau yang tak menentu arah tujunya.
tak aman duduk di rumah,selalu keluar cuba cari hiburan di luar.
apa yang boleh hiburkan hati kau? setiap hari window shopping?
setiap hari perlu labur duit untuk kau gembira? itu bukan normal untuk orang macam kita.
aku tak pernah cuba untuk menuduh yang kau sering merayap. cuma sebelum ni,kau pernah buat begitu.
bukan tanggungjawab aku untuk risaukan kau atau jaga kau. kau pun masih ada orang tua yang ambil berat tentang kau. tapi kau dah mula dewasa. bebas untuk buat keputusan walaupun dihalang. itulah sebabnya kenapa risau dalam diri itu wujud.
memandangkan kau jarang berfikir panjang untuk buat sesuatu keputusan,aku perlu ada bersama supaya pilihan kau tidak sepenuhnya salah. aku faham,dulu aku pelengkap dalam diri kau.
sekarang aku dipecat. tapi tak bermaksud aku akan tinggalkan kau untuk sendiri. segalanya sendiri.
tidak,itu tidak mungkin terjadi.
kau pernah sampaikan sesuatu pada aku dalam bentuk tulisan. terlalu panjang ayatnya. tulisan yang cuma kau 'copy & paste'. tapi,ada isi yang aku cuba gunakan.
apa yang aku tahu,kau perempuan yang kuat. ada pendirian. yang paling penting,kau kenal agama kau dan tahu kewajipan. cuma,tuhan jadikan setiap manusia itu seiring dengan kelemahan yang berbeza.
apa yang aku nampak,kau tak dapat mengawal kemahuan kau.
9 nafsu tentang material,kau gunakan sehabis baik.
sayang,musuh manusia yang nyata adalah syaitan, selepas itu adalah nafsu.
lawanlah untuk kebaikan.
dalam ayat-ayat yang kau bagi,ada terselit "aku serahkan kepada Tuhan untuk melindungi kau"
setiap kali terbaca,hati aku aman. aku tahu,Dia bersama kau.
maafkan aku sebab sekali lagi masukkan kau dalam post aku.
tapi,kau lah perempuan yang dah berjaya sedarkan aku tentang banyak perkara.
walaupun kau jujur sayang untuk aku semakin kurang, tapi aku tak pernah takut dengan penyataan itu.
bagi aku,'sayang' itu masih ada. maafkan untuk kesilapan lampau dan kesilapan yang belum aku perbuat.
aku janji,andainya kau terima aku semula. kita akan cari keredhaan.
aku nak berubah. aku takkan ulang silap aku yang dulu.
No comments:
Post a Comment