Friday, March 25, 2011

lagu yang hebat

kalau tengok cerita 'magika',kalau pernah dengar kumpulan 'KRU'
yang adik beradik tu lah kan?
ada 1 lagu yang aku dengar ulangkali malam tadi.
besar ertinya,dalam maknanya.

'Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda'


lagu ni tajuknya 'kita bersaudara'
tapi untuk potongan lirik ni
terbuka untuk semua.
untuk pertama kali aku dengar,sangatlah teruja
terima kasih KRU sebab nyanyikan lagu ni untuk aku.
haha...nak dengar lagi.nak dengar lagi.
gedik kan?

nota untuk sayang

hari ni hari Jumaat. tau kan? ha...saya balik Johor hari ni. tau kan?
cuti 2 hari je. tau kan?
oleh yang demikian,ahak! kerja betul-betul. jangan salah-salah.
minggu ni,tak dapatlah kita date seperti minggu-minggu yang sudah.

pukul 10.15 nanti ada kelas teori struktur 1. habis pukul 12.15 dan terus terbang ke Johor.

jaga diri baik-baik dengan cara yang terbaik ya.
makan minum jangan amik mudah. penting tu.
jaga emosi biar nampak muda dengan usia.

what? think about our future?
yes indeed. jangan risau.
semuanya dalam rancangan. insya'Allah terkabul.
hubungan yang baik harus ada kepercayaan.
itulah 1 faktor yang menjanjikan kebahagiaan dengan izinNya.
salam sayang.

Sunday, March 20, 2011

wave 125 dan kenangan

penat bercerita pasal cinta & jiwang jiwang.
sekarang aku nak ceritakan kat you all yang aku ada SEBUAH AWEK yang diberi nama HONDA WAVE125.
haha,awek pulak.
kenapa nak cerita pasal motor?
haa...inilah hadiah dari superdad sempena tepat aku 18tahun(2008)
diperkenalkan dengan warna putih pearl dan kerana tangan aku yang gatal,sekarang sudah jadi warna hitam.
may be nak sama dengan tuan motor.

bukannya nak sebok cerita pasal warna or something else.
tapi motor ni banyak baktinya...
dialah yang bawak aku ke Politeknik PD..dialah yang bawak aku balik ke rumah (johor)
jauhkan? tak nak tanya berapa kali dia meragam? :D

selamat sampai ke destinasi tu sememangnya dari lindunganNya...tapi kemudahan dunia ni yang dipinjamkan untuk aku permudahkan urusan...contohnya, motor ni la.
memang ada hikmah ayah belikan motor ni untuk aku.
belajar civil engineering tapi hari hari bukak enjin. dah macam mekanikal lak.
sekurang kurangnya ilmu tu ada kan?

siapa ada hobi macam saya sila angkat tangan...!!
ahhahaha..awek aku kata aku dah macam india. kenapa?
mandi minyak katanya.
sebenarnya bukan mandi minyak...tapi tak sedar minyak tu ada kat muka.

dengan motor ni lah aku kenal erti berhati hati...
kenal erti perikemanusiaan...
pernah merasa susah senang dalam perjalanan jauh,perasaan kesian tu timbul bila nampak penunggang lain terkandas kat tepi jalan. "bang,saya tak dapat nak tolong,tapi saya teman abang sekejap la ye"
korang fahamkanlah dialog aku kat atas ni.

tapi,ada satu kenangan yang mungkin kekal dalam ingatan aku sampai aku tua nanti.
kenangan bersama WAVE125 dan kawan kawan.
perjalanan balik kampung untuk sambut aidilfitri.
perjalanan yang jauhnya lebih kurang 300km.
plaza tol kulai,johor,hujung perjalanan di mana kami akan berpecah haluan.
aku dan MOHD AMINTAZA berpelukan.
dia final semester,dia sahabat karib,di situ destinasi terakhir kami berkonvoi bersama.
walaupun menitiskan air mata,aku bersyukur kerana Dia berikan aku peluang untuk menunggang motor ini untuk meraih satu kenangan yang sangat manis.
tak akan terbayang oleh imaginasi akal.
betapa di situ aku rasa aku sangat sayangkan seorang kawan.
motor ini jadi saksi, terlalu banyak kenangan yang manis walaupun hujan panas tak pernah terlepas.

mungkin aku tengah melalut.
tapi saat ni,ketika jari jemari sebok menaip keyboard ni.
aku mengaku aku menangis.
wassalam.

Friday, March 11, 2011

jom melancong

kalau nak melancong ke luar negara memang tak dapatlah.
tapi aku nak suggest Melaka untuk destinasi korang yang akan datang.
banyak tempat yang boleh pergi kalau masa tu memang cukup.
nak diceritakan,dekat sana memang satu lokasi yang sangat sibuk dengan penduduk & tourist.
biasalah. nama pun bandar bersejarah. kereta plat singapore pun ada dekat sana.
masa pergi Melaka dengan si dia,aku ni senang sangat penat bila berjalan.
tapi memandangkan susah untuk kitorang hang out sejauh tu (jauh ke?) so,aku perlu appreciate masa bersama. mana saja si dia nak pergi aku ikutkan je.
masa itu juga aku baru tahu yang Melaka ni memang syok.
bila dah kata melancong dengan si dia tu,romantic moment tu semangnya ada la :)
nak diceritakan detail tentang Melaka,aku pun tak habis explore lagi.
korang pergi sendiri dan aku memang sokong 200% yang Melaka memang sesuai untuk melancong dan juga lokasi yang baik untuk dikenang bersama tersayang.
pernah dengar "Malaysia truly Asia"?
sekarang memang dah terbukti.
tempat sendiri lebih menarik dan
"sayang,you memang sangat romantik.hahahaa"

tudung pelik


baru baru ni aku sibuk stalk FB student poliPD (mana yang girl saja lah) haha
macam ada topik yang dibincangkan hangat.
bila dah 2,3 hari aku stalk,bosan je.
terbaca satu ayat tentang hana tajima.
siapa tu?
setelah puas aku stalk lagi akhirnya jumpalah hana tajima yang dibincangkan hangat tu.
1st time aku tengok dia,aku dah mula ignore dengan topik merepek yang diorang potpet.
tengok cara dia pkai tudung tu memang unik la.
boleh dikatakan aku ni yang kuno. tak ikut perkembangan trend.hahaha

berbalik kepada hana tajima,cara pakai tudung yang pelik tu sekarang aku dah nampak ramai student dah meniru cara dia.
okay la kan? at least diorang ni boleh bergaya although dalam keadaan tutup aurat.
yang paling unik,aku menilai dia ni memang ada 1 peribadi yang boleh dijadikan contoh.
nak dibentang satu satu,jari ni macam dah lenguh je nak menaip. cari sendiri ya.

khamis 10 mac

0745
- call si dia dan... "b,imiss you...i love you..."

0800
- ujian 'air sisa' yang sangat susah. walaupun open book test,tapi memang susah lah kan.

1100
- balik rumah dan terus ZZZzzzzzZZZZZZZ....

1630
-bangun dari zZZZZzzzzzzZZZZzz terus basuh motor

1825
- qada' lunch yang missed terlalu lama

1845
- call si dia dan... "b,orang sedih la.."
- cuba pujuk sebab aku adalah hero dia. haha
- kena marah sebab hero tak berjaya pujuk si dia.
- sampai 0100 11mac,dia tak contact lagi.
- pening,resah. sebab dia dan assignment yang tak sudah.

0117
- aku nak zzzzzZZZZZZZzzzz. bye

Thursday, March 3, 2011

hari ke-7

mata dah tak boleh nak bukak.
cuaca kat PD memang panas.
memang betul la, geografi sekolah rendah dulu pun ada belajar.
antara kawasan paling panas kat Malaysia ni PD la.
hadoi....bila mengeluh,ade je yang sound "panas dunia je ni.."
aku memang diam je la